budak's FotoPage

By: budak nogori

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Jul-2009 04:51 Email | Share | | Bookmark
karpet baru

 
Fuiyoooooooo.. karpet baruuuuuu. Takde lagi saf yang lintang pukang. Sebelum ni kat dewan Menara TM ni bila solat jumaat letak tikar je. Huru hara jadinyer saf. Lepas ni kalau tak lurus lagi ketuk kepala sekor-sekor.



Karpet baru keluar dari kontena terus pasang kat dewan menara tm. Vacum pun tak sempat lagi ni. Kimi le orang pertama merogolnyer hehehe.


Tuesday, 16-Jun-2009 10:08 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Mai, Faiz & Faizan

 
 
 
View all 12 photos...
Sebenarnya tarikh lahir diorang bertiga ni tak sama. Mai bulan 6, Faiz bulan 5 dan Faizan bulan 7. Jamakkan tiga2 sekali ke bulan 6 dan sambut kat sekolah diorang. Bukan main seronok lagi diorang ni. Budak2 bukan nak makan kek sangat pun. Saje nak sambut jer. Sebelum tu tengok kengkawan aje yang tiup lilin.
Lepas tiup lilin masing2 bawak haluan sendiri. Pegi main dengan kawan2 masing2.



























Tuesday, 9-Jun-2009 10:40 Email | Share | | Bookmark
Beverly Hotel Hotspot

1. Mainpage Beverly Hotel Hotspot
2. Login
3. Popup remaining time
View all 4 photos...
Sekarang ni kalau pegi mana2 hotel mesti ada wifi free. Walau hotel cap ayam sekali pun. Kalau takde wifi tu alamat tersenyum lebar le pesaing yang lain.
Kat Beverly Hotel yang aku lepak ni tak terkecuali ler. Walaupun takde dalam GPS tapi hotel ni hebat jugak sebenarnya. Saing2 Promenade Hotel jugak le.
Kebiasaannyer pihak hotel cuma setkan wepkey kat accesspoint diorang. Beverly Hotel ni lain sikit. Ada macam streamyx hotspot sikit ler.


Bila kita nak browse internet akan keluar page macam ni ler. Klik je kat login tu.



Pastu letak username ngan password. Yang ni mintak kat reception. Username tah hapa hapa yang diorang bagi.



Bila dah login akan keluar popup macam ni. Kat belah atas tu ada dipaparkan remaining time. 24 utk satu akaun. Kalau dah expired mintak lagi kat reception. Jangan malu.



Bila dah login tu guna ler internet dengan sebaiknyer. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Monday, 8-Jun-2009 15:26 Email | Share | | Bookmark
Pemandangan waktu senja Kota Kinabalu

 
 
 
Lama betul rasanya aku tak outstation ke KK. Ni pun berlaku insiden tolak-menolak pasal masing-masing tanak pegi KK. Masing-masing mula le bagi macam-macam alasan. Huh..
Masalah aku pulak transport le apa lagi. Dan le time cuti sekolah. Flight sure penuh. Pastu kat KK tu kalau takde transport memang patah kaki ler. Rabak le poket nak bayar duit teksi.
Nasib baik dapat sewa kereta. Panjang jugak langkah. Boleh le makan malam jauh sikit. Hehehe. Jejak jugak le ke anjung selera kat Likas tu.



Gambar 1: Matahari terbenam kat KK. Belah kiri tu Bandaraya KK le tu. Pakai kamera phone jer. tu je yang mampu. Nak beli SLR tah bila ntah.


Gambar 2: Pulau Gaya kot. Best snorkling nih. Kalau sempat nak jugak pegi Pulau Manukan snorkling.


Gambar 3: Dah gelap.


Sebenarnya masa aku amik gambar nih baru pukul 7:30pm waktu Malaysia. Matahari cepat jatuh kat sabah ni. Awal sejam kot.


Saturday, 6-Jun-2009 10:03 Email | Share | | Bookmark
Cuti-Cuti di PD 09

Budak2 ni. Sampai2 je kat pantai terus terjah pasir.
Faiz dan Faizan main kejar2 dlm air.
Sedikit taklimat keselamatan dari Umi.
View all 5 photos...
Lama betul rasanya tak update fotopages ni. Nasib baik le tak lupa password. Huhu.. Last update pun Faizan baru lahir. Sekarang nak masuk 2 tahun dah.
Ni aku update foto masa bercuti di PD sempena cuti sekolah. Saje bawak budak2 main air.



Pantai kat belakang Kemang Indah Kondo, PD. Boleh tahan jugak pantai dia. Tak payah pegi bt8, Teluk Kemang. Nak parking pun susah.


Sedikit penerangan mengenai keselamatan di tepi pantai dari Umi.


Macam kembar pulak aku tengok budak2 nih. No 4 ngan 5 kalau kembar best ni.




Penat masing-masing..


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net